

Mula Hakikat selubung hayat
Bersama bakat lumbung keramat
Menjunjung harkat sambung martabat
Kukuhkan niat berkantung hikayat
Sudah tersurat sudah tersirat
Menggapai berkat dunia akhirat
Di tengah rangkai telangkai karat
Padu padanlah lurik dan larat
Mana batu di didih hangat
Mana air di awan menyengat
Mana satu di tindih gerat
Mana takdir di awam kalimat
Bening keruh apa mudharat
Terang gelap apa manfaat
Beda jenis apa ibarat
Awal akhir apa isyarat
Hadap harap garap dan rehat
Luar dalam berbuah sehat
Sempat bercakap sekerat kalimat
Kurang lebih sila disemat
Bukit Batu, 3 November 2023