Samudera Kata : Puisi-puisi Yatiman Yusof (Singapura)

Pengasuh :
Husnu Abadi
Fakhrunnas MA Jabbar

Yatiman Yusof

KAPAR-KAPAR

kapar diteluk
memangteradat di mana-mana
mengotori bersih pantai putih
arus ombakangin musim
penyongkolpaling setia
indah bibir alam hllang pualamnya
sampah busuk berserta botol beg plastik
mengguris lara di mata

kapar didalam diri
menyolok mata membelit tangkai hati
lakumu tanpa pekerti
menginjak keharuman tingkah
susila junjungan terhumban ke tepi

kapar dibenak
mengerak ditangkai hati
terlurutlah nurani
menajaklah dengki khianat takbur riak
terusirlah keimanan diri
membikin budiman sirna budi
insan hilang kesantunan budaya tercinta

kapar dihati pemimpin
penyakit yang paling menggusarkan
kau kaup hak dari tangan retak rakyat di teratak
hitam mukamu ditutupi topeng kuasa mahumu terus kekal diatas takhta
tidak peduli najis apa melumuri nama
membawa kejatuhan untuk mu akhirnya

kapar oh kapar
kau bikin buana cacat lumpuh
malah mati kerananya

yatiman yusof
ambon, indonesia

KEBOHONGAN

dalam benak ini
ada dingin diam membeku
ada hangat serasa membakar
sebentar bergetar
sebentar pudar

namundalam tidur
dalam jaga pun a
da garis flkir
menjulur patah
patahan bersabung
membisikkan madah
bahawa nadi di tubuh ini
sakit ditusuki duri
hlngga pada tiap sentuhan
sakit juga mendahului rangsang balasan
maka terbenamlah dalam lingkaran
suara-suara pahit
nada-nada perit

bagaimana kita bisa bangkit berbicara
jika kesakitan yang tidak terhunjamkan
tampil mewarnai segala madah
dan rongkongan ini memuntahkan dusta
sedang lidah pula mengulangi prasangka

aku tidak akan boleh
menahan nafas
membetuli dusta yang terjulur
lalu memaniskan bicara
menutupi dusta
kerana di depan kita
sebenarnya ketahuan
yang terpacul itu
adalah kebohongan

Yatiman Yusuf
Singapura

Biodata Yatiman Yusof

Kelahiran: 22 Sep. 1946, di Parit Pinang, Benut, Johor
Pendidikan:Tadika Salvation Army (1953-54); Sekolah Melayu Tanglin Tinggi (1955-1960); Sekolah Menengah Inggeris Serangoon (1961); Sekolah Menengah Bartley (1961); Sekolah Menengah Sang Nila Utama (1961- 1964); Maktab Perguruan Singapura (1965-1968);Universiti Singapura
(1969-1972). Pekerja binaan, guru, wartawan clan editor, Ahli Parlimen; Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Luar; Penerangan, Perhubungan dan Kesenian, Singapura); Duta Tidak Bermastautin ke Kenya dan Rwanda. Karya:Kumpulan puisi ‘Titis Tinta’ (1991); antologi puisi ‘Percikan Kembara’ (2014), antologi puisi bersama ‘Yang Terpendam ‘(2014).

Berikan Tanggapan

Alamat surel anda tidak akan dipublikasikan